BAB 11 : KISAH TELADAN


  BAB 11 : KISAH TELADAN

  KISAH SATU

  Khalifah Omar Al-Khattab R.A dan pembantunya meninjau-ninjau

kawasan pemerintahannya untuk menyelidiki apa jua masalah rakyatnya.

  Beliau mendapati sebuah rumah kecil masih belum dipadamkan

lampunya dan memberi salam.

  Salam dijawab dan Omar bertanya apa yang dilakukan

oleh wanita tersebut.

  “Saya sedang menjerang batu ,kononnya sedang memasak agar

anak-anak menungu dan terlelap.Kami tiada apa untuk dimakan.

Hawau punya Khalifah,tak pernah ambil tahu masalah rakyat”,kata

wanita tersebut tanpa menyedari bahwa di depannya ialah

Khalifah Omar .

  Omar berlinangan air mata pulang ke BAITUL MAL bersama

pembantunya.

  “Letakkan gandum ke atas belakang badanku.Akan ku pikul ke

rumah wanita itu”,ujar Khalifah.

  Pembantunya tergamam kerna tugas itu sepatutnya dilakukan

olehnya.Lantas dia mengangkat seguni gandum ke bahu Omar .

 

  Mereka berdua sampai ke rumah wanita itu berbirat belakang badan

Omar memikul seguni gandum.

  “Puan ..esok datanglah ke BAITUL MAL.Puan boleh ambil apa sahaja

makanan di sana”.ujar Khalifah tanpa perkenalkan diri .

  Omar dan pembantunya berlalu pergi.

  Esoknya wanita tersebut pergi ke BAITUL MAL dan melihat

beberapa lelaki sedang mengagihkan pelabagi jenis barang dan makanan.

Terdengar seorang lelaki memanggil nama “Khalifah” dan lelaki

itulah yang dilihatnya memikul gandum ke rumahnya malam tadi.

“Maafkan saya Tuan Khalifah Omar...saya tidak kenal Tuan malam tadi”,

wanita tersebut meminta maaf .

“Tidak mengapa..saya yang sepatutnya meminta maaf kerana mengabaikan

rakyat”,balas Omar .

  KISAH DUA

  Isteri tersayang Khalifah Abu Bakar As-Siddik R.A membuat kuih

manis pada satu petang dan ditanya Abu Bakar.

  “Dari mana kau dapat kuih ni?’,tanyanya.

  “Saya menjimatkan wang setiap hari sehinggalah ada lebihan

wang dan membuat kuih”,balas isterinya.



  Abu Bakar menghubungi BAITUL MAL agar gajinya dipotong

supaya hanya keperluan makan minum sekadar alas perut sahaja diberikan.

  KISAH TIGA

  Khalifah Omar Abdul Aziz rahimahullah sedang membuat

perkiaraan jumlah buah epal untuk diagihkan kepada golongan sasar

seperti orang miskin,fakir,gelandangan ,ibu tunggal dan sebagainya.

  Tiba-tiba anak bongsunya yang masih kecil mengambil sebiji

dan mahu memakannya.Omar merentap buah dari mulut anaknya dan

dia menangis.

  Pulang ke rumah ,anaknya mengadu dengan ibunya Fatimah.

  “Kenapa begitu sekali berkasar dengan anak,wahai suami?”

tanya Fatimah.

  “Itu bukan hak kita wahai Fatimah...adakah kamu mahu aku

dilemparkan ke neraka akibat tidak amanah?”.balas Omar .

                                            -cadangan 50 muka surat -

 










Comments

Popular Posts